Wednesday, 10 August 2016

TIPS JIMAT LAUNDRY SELF SERVICE



Assalamualaikum, kat sini nak share sikit tips jimat kalau kita pergi dobi layan diri tu. huhu
memandangkan aku takde mesin basuh, so aku share la beberapa tips & tricks untuk jimat bila basuh baju kat dobi tu. :p
haritu aku pergi dobi total charge RM22.00. mahal gila. tapi lepas tu aku basuh baju dalam RM9.00 je hehe. berbaloi.


Jadi tips dia ada 6. Tips ni untuk siapa yang tak rajin nak basuh tangan tu. hahha yela baju banyak gila, balik kerja penat, banyak task kena buat malam2. so basuh baju kat dobi je le.. tips ni boleh ikut mana yang suka.. (tak semua laundry mahal macam aku pergi ni)


1. Setiap hari kalau ada syiling simpan. Jangan belanja syiling tu untuk benda-benda mengarut. macam aku :p syiling tu boleh guna untuk basuh baju kat dobi nanti. aku basuh baju sebulan sekali. sebab baju aku banyak gila. so bazir la kalau baju kotor ada 10 helai tp basuh dobi. so bazir..


2. kalau boleh bawak sabun pencuci dengan pelembut pakaian sendiri. kalau guna dobi punya kena charge nanti. dobi aku pegi tu softlan RM1.50 sabun RM1 mahal okay. dah la sabun dia bagi sikit je.


3. mesin basuh tu kalau boleh sumbat je baju banyak2. kalau aku aritu 2 bakul sumbat semua2 dalam mesin tu. mesin aku guna aritu mesin 14kg. so okay je kot


4. kalau mesin tu ada 3 suhu (Hot, Warm, Cold) amik yang cold. sebab suhu air panas dgn suam tu dia charge RM2 siut.


5. kat dobi tu ada mesin tukar duit syiling. better takyah guna kalau boleh. aku aritu masuk RM10 keluar syiling RM8. kuang jo betul. tension. dalam wallet dah le cukup2 je. haih


6. Nak lagi jimat takyah guna pengering. sbb pengering RM4. kalau hangpa ada tempat sidai baju and rajin nak sidai so takyah le guna pengering baju tu. boleh jimat. basuh baju RM5, je murah.. tapi kalau aku wajib guna pengering ni. sbb aku malas nk sidai, malas nak angkat baju. :p


ini lah dia 6 tips & tricks yang engko semua boleh guno. sesuai untuk bujang haha


hati-hati di kedai dobi
Selamat beramal.

Saturday, 23 July 2016

Great day start with your 1st achievement

Alhamdulillah, when you're doing something, make sure your will finish it till the end. ini adalah keramat yang selalu di pesan oleh bonda. jika kita buat sesuatu, pastikan kita buat bersungguh sehingga habis dengan jaya nya.

jangan pernah mengalah dengan apa yang terjadi. Segala masalah dan dugaan harus ditempuhi.
terlalu banyak ujian yang dihadapi. tetapi aku tetap dengan keputusan untuk menghabiskan apa yang sepatutnya aku perlu selesaikan.

Dengan itu, aku cuba untuk menyakinkan diri yang aku sebenarnya boleh. Walaupun aku tidak lah sehebat pejuang yang lain, tetapi aku percaya, tidak semua orang yang biasa-biasa tidak boleh jadi luarbiasa. pendek kata, semua orang boleh jadi luarbiasa.

Cuma bergantung kepada niat masing-masing. untuk apa kita mahukan kejayaan yang luar biasa?
ianya terletak didalam hati kecil setiap orang dari kita.

Jadi berbangga lah, jika kita sudah selesaikan tanggungjawab kita yang hebat. kerana...

Your great day start with your 1st achievement

Amirul

Wednesday, 13 July 2016