Alhamdulillah, when you're doing something, make sure your will finish it till the end. ini adalah keramat yang selalu di pesan oleh bonda. jika kita buat sesuatu, pastikan kita buat bersungguh sehingga habis dengan jaya nya.
jangan pernah mengalah dengan apa yang terjadi. Segala masalah dan dugaan harus ditempuhi.
terlalu banyak ujian yang dihadapi. tetapi aku tetap dengan keputusan untuk menghabiskan apa yang sepatutnya aku perlu selesaikan.
Dengan itu, aku cuba untuk menyakinkan diri yang aku sebenarnya boleh. Walaupun aku tidak lah sehebat pejuang yang lain, tetapi aku percaya, tidak semua orang yang biasa-biasa tidak boleh jadi luarbiasa. pendek kata, semua orang boleh jadi luarbiasa.
Cuma bergantung kepada niat masing-masing. untuk apa kita mahukan kejayaan yang luar biasa?
ianya terletak didalam hati kecil setiap orang dari kita.
Jadi berbangga lah, jika kita sudah selesaikan tanggungjawab kita yang hebat. kerana...
Your great day start with your 1st achievement
Amirul